Waktu Urusniaga Kaunter: Isnin - Jumaat: 8:30 AM - 4:00 PM | Waktu Pejabat: Isnin - Jumaat: 8:30 AM - 5:30 PM


Ketua Jabatan Pengurusan Aset Klien & Pembangunan Produk

Menu Utama / Ketua Jabatan Pengurusan Aset Klien & Pembangunan Produk


Encik Ahmad Zanizan Bin Mazlan

Ketua Jabatan Pengurusan Aset Klien & Pembangunan Produk

    Beliau mempunyai kelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari  Eastern Michigan  Universiti, Amerika Syarikat dan  Diploma Analisis Pelaburan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau  diberi tanggungjawab membuat penyelidikan ke atas syarikat-syarikat yang akan dimasukkan/dikeluarkan dari portfolio tabung, melaksanakan urusniaga jual beli sekuriti dan perletakan pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap dan di pasaran wang serta menguruskan dokumentasi bagi perlaksanaan transaksi oleh pengurus dana.  Pernah mendapat  latihan di Maybank Securities Sdn Bhd di bahagian   akaun,   operasi dan  penyelidikan  pelaburan sebelum menamatkan pengajian di peringkat Diploma. Mula berkhidmat di Jabatan Pelaburan   pada 1 Jun 1994.

    Merupakan wakil Perkhidmatan Pasaran Modal berlesen (CMSRL/A4025/2007).