Soalan Lazim
S1 Bagaimana untuk mendapatkan maklumat berhubung unit amanah dan skim-skim pelaburan?
 

Boleh diperolehi dari laman web FIMM (klik di sini) atau Securities Industry Development Corporation (SIDC) (klik di sini)

   
S2 Siapakah yang boleh melabur dalam KUMIPA Balanced Fund ?
 
•     Individu Bumiputera  berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas pada tarikh   permohonan. Jika berumur kurang dari lapan belas (18) tahun juga layak sebagai Pemohon Bersama.
•     Institusi dan Badan Korporat berstatus Bumiputera


   
S3
Dimanakah pelaburan KUMIPA Balanced Fund ini dibuat ?
 
Tumpuan pelaburan adalah :

• Syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia
• Sekuriti Pendapatan Tetap (bon perbadanan yang disenaraikan)
• Instrumen pasaran wang (simpanan jangka panjang / pendek)

* Boleh dirujuk di dalam prospektus versi bercetak yang boleh diperolehi dari pejabat syarikat pengurusan*
   
S4
Apakah caj-caj yang dikenakan dalam transaksi KUMIPA Balanced Fund?
 
Caj jualan maksima 5.5% akan dikenakan apabila membeli unit. GST sebanyak 6% dikenakan ke atas caj jualan.
   
S5 Apakah risiko melabur dalam KUMIPA Balanced Fund?
  Perincian risiko pelaburan boleh dirujuk dalam prospektus versi bercetak yang boleh diperolehi dari pejabat syarikat pengurusan.
   
S6 Bagaimana cara untuk membeli unit-unit KUMIPA?
 
• Dapatkan borang permohonan (klik dan cetak di sini)
• Dapatkan harga semasa (klik di sini)
• Bayaran boleh dibuat dengan :
- Datang ke kaunter pejabat
- Melalui pos
- Depositkan ke akaun bank Pengurus
Copyright © 2012. PKB. All Rights Reserved. Best viewed in IE 7.0 & above with 1024 x 768 resolution ........... Penafian | Dasar Privasi