Syarat Permohonan

NOTA DAN ARAHAN-ARAHAN YANG PERLU DIBACA SEBELUM MENGISI BORANG PERMOHONAN

1. PERINGATAN

PELABUR-PELABUR DINASIHATKAN UNTUK MEMBACA DAN MEMAHAMI ISIKANDUNGAN PROSPEKTUS TERLEBIH DAHULU SEBELUM MELENGKAPKAN DAN MENANDATANGANI BORANG PERMOHONAN.

2. CARA PEMBAYARAN

Pembayaran bagi unit-unit yang dipohon hendaklah dibuat atas nama PENGURUSAN KUMIPA BERHAD-AKAUN AMANAH PELANGGAN serta dipalang “AKAUN PENERIMA SAHAJA” dengan cara Cek Bank, Deraf Bank, Wang Pos, Kiriman Wang dan Cek Persendirian. Sila catatkan Nama, No. K/P serta No. Akaun anda dibelakang cek.

Sila tambah komisyen untuk cek luar. Wang  tunai boleh diterima apabila pembelian unit di buat di pejabat Pengurus.

3. PERMOHONAN UNIT

Minima permohonan permulaan adalah 100 unit.

4. DOKUMEN LAMPIRAN (YANG MANA BERKENAAN) UNTUK PERMOHONAN UNIT

i. Individu    :  Salinan kad pengenalan

Iii. Institusi    :  Badan Korporat, Badan-badan Berkanun, Pertubuhan atau Koperasi

Salinan Perlembagaan (Memorandum and Articles of Association atau Perlembagaan atau By Laws), Penyata Tahunan dibawah Seksyen 68 Akta Syarikat 2016,  Penyata Kewangan dan Lapuran Beraudit terkini, Borang 8 atau Borang 9, Senarai Ahli Jawatankuasa , Undang-Undang Kecil / Tubuh, Resolusi Syarikat untuk membeli unit dan Sijil Pendaftaran Syarikat / Pertubuhan / Koperasi.

Kesemua dokumen di atas  hendaklah diakui sah oleh mereka yang disenaraikan oleh PKB.  

5. TANDATANGAN DI DALAM  BORANG PERMOHONAN

Setiap permohonan hendaklah ditandatangan seperti berikut :

i. Permohonan individu hendaklah ditandatangani atau dicap ibu jari kanan.

ii. Dalam permohonan bersama, semua pemohon mestilah menandatangani atau menurunkan cap ibu jari kanan, kecuali pemohon bersama berumur bawah 18 tahun.

iii. Badan Korporat, Badan-badan Berkanun, Institusi atau Pertubuhan hendaklah menurunkan cop syarikat dan tandatangan pegawai yang bertauliah.

6. RESIT

Pengurus akan mengeluarkan resit rasmi kepada pemohon dalam tempoh satu (1) bulan selepas unit dibeli sebagai bukti pembelian unit. Segala pertanyaan dan transaksi unit hendaklah dirujuk kepada resit.

7. PERUNTUKAN UNIT-UNIT

i. Unit-unit akan diperuntukkan mengikut jumlah wang yang diterima oleh Pengurus dan dikira pada NAB seunit selepas   tarikh Pengurus menerima permohonan yang lengkap.

ii. Pengurus berhak menolak sebarang permohonan atau menerima sebahagian daripadanya.

8. PEMBAYARAN AGIHAN PENDAPATAN

Pemegang Unit boleh memilih untuk menerima bayaran agihan pendapatan (jika ada) secara :

i. Pindahan terus ke akaun bank masing-masing. Bagi mereka yang membuat pilihan ini, mereka hendaklah memberi maklumat akaun bank kepada Pengurus untuk mengkreditkan jumlah agihan mereka terus ke dalam akaun  bank masing-masing.

ii. Melaburkan semula agihan pendapatan ke dalam bentuk tambahan unit-unit.

ii. Pilihan ini boleh dibuat di dalam Borang Maklumat Pelabur dan Pemegang Unit  boleh menukar pilihan tersebut pada bila-bila masa.

Copyright © 2012. PKB. All Rights Reserved. Best viewed in IE 7.0 & above with 1024 x 768 resolution ........... Penafian | Dasar Privasi