Waktu Urusniaga Kaunter: Isnin - Jumaat: 8:30 AM - 4:00 PM | Waktu Pejabat: Isnin - Jumaat: 8:30 AM - 5:30 PM


Dasar Privasi

Menu Utama / Dasar Privasi

Pengurusan KUMIPA Berhad (“Kami”) mengendalikan http://phgunitrust.com.my (“Laman Web”). Kami komited untuk melindungi privasi, integriti dan keselamatan data peribadi yang kami terima daripada pengguna ketika melayari Laman Web kami.

Laman ini memberi makluman kepada anda tentang polisi kami berkenaan dengan pengumpulan, penggunaan, pendedahan dan perlindungan Maklumat Peribadi yang kami terima daripada pengguna Laman Web kami.


Pengumpulan & Penggunaan Maklumat











Maklumat

Semasa menggunakan Laman Web kami, kami mungkin meminta anda untuk memberikan kami maklumat peribadi yang tertentu yang berkaitan dengan operasi perkhidmatan kami dengan anda. Maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi termasuk, tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor kad pengenalan,umur, serta lain lain maklumat peribadi anda.

Maklumat anda yang kami perolehi adalah untuk kegunaan urusan operasi dan perkhidmatan perniagaan kami disamping untuk memperbaiki produk dan perkhidmatan kami


Keselamatan

Keselamatan Maklumat Peribadi anda adalah keutamaan kami, dan ingin kami ingatkan bahawa tidak ada kaedah penghantaran melalui Internet, atau kaedah penyimpanan elektronik yang 100% selamat. Walau bagaimanapun, kami akan berusaha mengambil pelbagai langkah yang sewajarnya secara fizikal, teknikal dan menggunakan kaedah yang boleh diterima secara komersial untuk melindungi Maklumat Peribadi anda, namun kami tidak dapat menjamin keselamatan mutlaknya.


Perubahan kepada Dasar Privasi Ini

Dasar Privasi ini berkuatkuasa sehingga terdapat perubahan pada peruntukannya di masa hadapan dan akan dikuatkuasakan dengan segera setelah disiarkan di Laman Web ini.

Kami berhak untuk mengemas kini atau mengubah Dasar Privasi kami dari semasa ke semasa. Sekiranya kami membuat sebarang perubahan yang penting pada Dasar Privasi ini, kami akan memaklumkan kepada anda dengan menyiarkan notis di Laman Web kami.