Waktu Urusniaga Kaunter: Isnin - Jumaat: 8:30 AM - 4:00 PM | Waktu Pejabat: Isnin - Jumaat: 8:30 AM - 5:30 PM


KUMIPA Balanced Fund

Menu Utama / Kumipa Balanced Fund

Nama Tabung

KUMIPA Balanced Fund


Kategori

Tabung Pendapatan dan Pertumbuhan


Jenis Produk

Tabung Unit Amanah Bumiputra Seimbang


Saiz Tabung Dibenar

250 juta unit


Tahun Kewangan Berakhir

30 April


Objektif Pelaburan

Berusaha untuk menghasilkan kadar pulangan yang berpatutan dan peningkatan modal kepada Pemegang Unit melalui portfolio pelaburan yang seimbang di dalam ekuiti dan bukan ekuiti yang dibenarkan oleh Suratikatan.

Pemegang Unit mesti memberi satu persetujuan melalui mesyuarat Pemegang Unit jika ada perubahan penting kepada objektif pelaburan Tabung.


Polisi dan Strategi-Strategi Pelaburan

Mewujudkan satu portfolio yang seimbang dan pelbagai menerusi :

  • Pelaburan di dalam ekuiti syarikat-syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan potensi pulangan pelaburan serta pertumbuhan yang konsisten.
  • Pelaburan didalam instrumen pasaran kewangan yang boleh menawarkan pendapatan yang tetap.


Tanda Aras Prestasi

Satu indeks gabungan FBMEmas dan kadar simpanan tetap konvensional.


Risiko-Risiko Utama Melabur Di Dalam Tabung Ini

Risiko Pasaran Pelaburan, Risiko Sekuriti Tertentu,Risiko Kadar Faedah dan Risiko Kredit.


Profail Pelabur

Individu atau Institusi Bumiputra yang sesuai dan layak untuk melabur di dalam tabung ini ialah mereka:

  • Yang inginkan pendapatan yang berpatutan setiap tahun (jika ada)
  • Yang berpandangan jangka panjang dalam pelaburan
  • Yang memahami dan sanggup mengambil risiko turun naik nilai pelaburan dan pulangan pelaburan


Agihan Pendapatan

Agihan pendapatan (jika ada) akan dibuat daripada pendapatan tabung yang diperolehi bagi tahun kewangan semasa dan biasanya akan dibayar kepada Pemegang Unit didalam bentuk tunai dan/atau unit sekurang- kurangnya sekali setahun.


Caj-caj


Caj Jualan seunitSehingga 6% dari NAB seunit (boleh dirunding)
Caj Belian Balik seunitTiada caj dikenakan
Lain-lain cajTiada

Yuran-yuran


Yuran Pengurusan Tahunan1.5% setahun daripada NAB Tabung yang dikira dan diakru harian.
Yuran Pemegang Amanah TahunanPada kadar 0.1% setahun daripada NAB Tabung dan jumlahnya diakru pada setiap hari

Yuran-yuran dan caj-caj mungkin tertakluk kepada cukai yang mungkin akan dikenakan oleh pihak berkuasa.

Pelaburan Permulaan Minimum

100 Unit


Pelaburan Tambahan Minimum

50 Unit


Belian Balik Minimum

Tiada minima unit untuk belian balik
Belian balik boleh dibuat samada sebahagian atau keseluruhan unit-unit yang dimiliki


Tempoh Bertenang

Tempoh bertenang Tabung adalah selama 6 hari perniagaan bermula dari tarikh permohonan membeli unit yang lengkap diterima oleh Pengurus.


Pindahmilik Unit

Bilangan unit minimum yang dibenarkan untuk dipindahmilik ialah 100 unit. Baki minimum bagi mana-mana pemindahmilik atau penerima pindahmilik ialah 100 unit selepas transaksi pindahmilik dibuat.

Pindahmilik unit boleh dibuat dengan melengkapkan Borang Pindah Milik dan melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan.

Pindahmilik unit yang melibatkan kematian pemegang unit, pindahunit boleh dibuat dengan melengkapkan borang berkaitan dan melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan.


Pilihan untuk Labur Semula Agihan Pendapatan

Labur semula agihan pendapatan boleh dibuat di dalam Borang Maklumat Pelabur dan Pemegang Unit boleh menukar pilihan tersebut pada bila-bila masa.


Bayaran Agihan Pendapatan

Bayaran agihan pendapatan (jika ada) dibuat secara pindahan terus ke akaun bank atau cek agihan pendapatan kepada mana-mana Pemegang Unit sediada yang masih belum memaklumkan nombor akaun bank masing-masing kepada Pengurus.

Mana-mana cek agihan pendapatan yang tidak dituntut selepas 6 bulan dari tarikh agihan akan secara automatik dilaburkan semula ke dalam akaun Pemegang Unit masing-masing berdasarkan pada NAB seunit dicampur dengan caj jualan pada hari ke empat puluh (40) selepas tarikh matang cek agihan tanpa sebarang kos.

PENCAPAIAN AGIHAN PENDAPATAN KUMIPA BALANCED FUND


30 April 20161.35%
30 April 20171.37%
30 April 20181.06%
30 April 20190.86%
30 April 20200.80%
30 April 20211.00%
Saya ingin meneruskan untuk membuat pelaburan dengan KUMIPA Balanced Fund.