Waktu Urusniaga Kaunter: Isnin - Jumaat: 8:30 AM - 4:00 PM | Waktu Pejabat: Isnin - Jumaat: 8:30 AM - 5:30 PM


Pindah Milik Unit

Menu Utama / Pindah Milik Unit

PINDAH MILIK UNIT


  • Bilangan unit minimum yang dibenarkan untuk dipindahmilik ialah 100 unit.
  • Penerima pindahmilik mesti mempunyai akaun/ adalah pemegang unit.
  • Tiada caj dikenakan untuk proses pindah milik.
  • Anda boleh membuat pindahmilik unit dengan melengkapkan borang dan melampirkan dokumen-dokumen berikut.

Bagi Individu:
  • Borang Pindah Milik yang lengkap
  • Satu salinan Kad Pengenalan pemegang unit individu, pemegang bersama dan penerima pindahmilik yang diakui sah
  • Bagi pindahmilik yang melibatkan unit bersijil, sijil asal mesti disertakan. Jika sijil hilang, anda mesti menyertakan satu surat akuan mengakui kehilangan sijil bersama dengan permohonan Pindah Milik tersebut
  • Dokumen yang perlu disahkan/disaksikan hendaklah menggunakan mereka yang disenaraikan oleh Pengurusan KUMIPA Berhad

Bagi Badan Korporat, Badan-badan Berkanun, Institusi atau Pertubuhan perlu melampirkan dokumen-dokumen berikut (yang mana berkenaan):
  • Surat permohonan pindahmilik.
  • Borang Pindah Milik yang lengkap.
  • Salinan kad pengenalan pemindahmilik dan penerima pindahmilik yang diakui sah.
  • Salinan Perlembagaan (Memorandum and Articles of Association atau Perlembagaan atau By Laws), Penyata Tahunan dibawah Seksyen 68 Akta Syarikat 2016, Borang 8 atau 9, Undang-Undang Kecil / cabutan minit Syarikat, Senarai Jawatankuasa terkini dan Sijil Pendaftaran Syarikat / Pertubuhan.
  • Resolusi

Kesemua salinan dokumen tersebut mesti yang diakui sah.
  • Baki minimum bagi mana-mana pemindahmilik atau penerima pindahmilik ialah 100 unit selepas transaksi pindahmilik dibuat.
  • Mana-mana akaun yang mempunyai baki kurang dari minimum yang dibenarkan akan ditutup dan baki akan dipindahkan ke akaun khas.
  • Pengurus boleh menolak permohonan pindahmilik unit tanpa sebarang alasan.

Muat Turun Borang


Borang Pindah Milik Unit Individu
Muat turun
Borang Pindah Milik Unit Institusi
Muat turun