Waktu Urusniaga Kaunter: Isnin - Jumaat: 8:30 AM - 4:00 PM | Waktu Pejabat: Isnin - Jumaat: 8:30 AM - 5:30 PM


Polisi WhistleBlowing

Menu Utama / Polisi WhistleBlowing

Polisi ini bertujuan untuk membolehkan warga PKB atau orang awam (‘Pemberi Maklumat’) untuk membuat pendedahan mengenai mana-mana salah laku warga PKB atau sesiapa yang mempunyai urusan perniagaan dengan PKB dari peringkat awal kepada seseorang yang telah dilantik oleh PKB (‘Pegawai Yang Dilantik’) tanpa rasa gentar terhadap sebarang tindak balas agar masalah dapat ditangani dengan efektif dan segera dan tidak berulang dimasa hadapan.

Pendedahan tentang salah laku seperti penipuan, rasuah, penyelewengan kewangan yang serius dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh seseorang yang dilantik oleh PKB boleh dilakukan melalui:

1. Email ke alamat administration@phgunitrust.com.my atau pkbpahang@gmail.com

atau

2. Surat kepada :

Jabatan Pematuhan
Pengurusan Kumipa Berhad
 Tingkat 20, Kompleks Teruntum
Jalan Mahkota
25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur


Surat tersebut hendaklah dilabel “SULIT DAN PERSENDIRIAN” di bahagian atas sebelah kiri sampul surat untuk memastikan hanya penerima sahaja yang membuka sampul surat tersebut.

atau

3. Hubungi Jabatan Pematuhan 09-5133900 dari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.


PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT


Pemberi Maklumat akan diberi perlindungan di bawah Dasar ini jika pendedahan yang dibuat adalah benar dan jujur. Perlindungan Pemberi Maklumat adalah termaktub di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang menetapkan bahawa identiti Pemberi Maklumat akan dilindungi dan dirahsiakan.

Pemberi Maklumat perlulah mengemukakan identiti seperti di bawah: 

1. Nama
2. No. Kad Pengenalan dan
3. No. Telefon untuk dihubungi-Pejabat/ Telefon Bimbit/ Rumah