Waktu Urusniaga Kaunter: Isnin - Jumaat: 8:30 AM - 4:00 PM | Waktu Pejabat: Isnin - Jumaat: 8:30 AM - 5:30 PM


Profil Syarikat

Menu Utama / Profil Syarikat








   



PROFIL SYARIKAT

  • Syarikat milik penuh Amanah Saham Pahang Berhad (17251-P) iaitu sebuah agensi kerajaan Negeri Pahang yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat.
  • Modal dibenar sebanyak RM10 juta dan modal berbayar sebanyak RM7,000,002.
  • Mula beroperasi sebagai syarikat pengurusan saham amanah pada 20 Disember 1993.
  • Menguruskan Tabung Kumpulan Modal Bumiputra Pahang yang telah dilancarkan semula pada 20hb Jun 1994. Tabung Kumpulan Modal Bumiputra Pahang tersebut sekarang dikenali sebagai KUMIPA Balanced Fund.
  • PKB mempunyai pengalaman melebihi dua puluh (20) tahun di dalam industri unit amanah dan pengurusan pelaburan sejak mengambilalih pengurusan Tabung Kumpulan Modal Bumiputra Pahang pada tahun 1993. Pada masa ini aktivitinya hanya menguruskan satu (1) tabung amanah sahaja iaitu KUMIPA Balanced Fund.

PERANAN SYARIKAT PENGURUSAN

Syarikat pengurusan bertanggungjawab ke atas operasi dan pentadbiran harian tabung.

Syarikat pengurusan berperanan :
  • memastikan Tabung diurus selaras dengan objektif Tabung, polisi-polisi, Suratikatan dan semua undang-undang berkenaan.
  • memastikan Tabung diurus selaras dengan polisi pelaburan yang dibenar.
  • memastikan tabung diurus selaras dengan amalan-amalan yang berkesan dan diterima oleh industri unit amanah di Malaysia.
  • memilih strategi-strategi yang sesuai untuk mencapai prestasi tabung yang berpatutan.
  • memantau, mengukur dan menilai prestasi pengurusan tabung.

AKTIVITI DIBENARKAN

  • Pengurusan KUMIPA Berhad (PKB). (CMSL/A0150/2007) mempunyai lesen Perkhidmatan Pasaran Modal di bawah seksyen 58 Akta Pasaran Modal Dan Perkhidmatan 2007 untuk menjalankan aktiviti - aktiviti terkawal iaitu pengurusan kumpulan wang dan pengurusan kumpulan wang terhad kepada sekuriti.