Encik Zainuddin Bin Abu Samah
Pengerusi
Ahli Bebas
Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik dari University of Hull, United Kingdom. Beliau mempunyai pengalaman luas di sektor perbankan sejak tahun 1984 sehingga tahun 2014 di Malayan Banking Berhad.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai bahagian kredit di beberapa cawangan Malayan Banking Berhad selama 8 tahun sebelum menjadi Penolong Pengurus cawangan selama 2 tahun. Selepas itu beliau telah ditugaskan di pejabat Pengarah Urusan, Ibu Pejabat Malayan Banking Berhad sebagai Pembantu Peribadi kepada Pengarah Urusan selama 5 tahun dan seterusnya bertugas sebagai Pengurus Kanan Akaun, Perbankan Korporat selama 9 tahun. Pada tahun 2010 beliau telah dilantik sebagai Pengarah Perbankan Korporat, di Ibu Pejabat Malayan Banking Berhad sebelum memilih untuk bersara awal pada bulan Julai 2014.
Semenjak bersara, beliau telah melibatkan diri di dalam memberi khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat yang memerlukan penilaian kredit dan kemudahan perbankan serta menjadi penasihat kewangan secara ‘adhoc’ kepada sebuah badan koperasi agensi kerajaan terutamanya dalam memberi input dan pandangan berkaitan dengan urusan perbankan.
Beliau telah dilantik sebagai ahli Panel Pelaburan berkuatkuasa pada 28 Januari 2013.