Waktu Urusniaga Kaunter: Isnin - Jumaat: 9:00 Pagi - 4:00 Petang | Waktu Pejabat: Isnin - Jumaat: 8:30 Pagi - 5:30 Petang


KUMIPA Balanced Fund

Menu Utama / Kumipa Balanced Fund

Nama Tabung

KUMIPA Balanced Fund


Kategori

Tabung Pendapatan dan Pertumbuhan


Jenis Produk

Tabung Unit Amanah Bumiputra Seimbang


Saiz Tabung Dibenar

250 juta unit


Tahun Kewangan Berakhir

30 April


Objektif Pelaburan

Berusaha untuk menghasilkan kadar pulangan yang berpatutan dan peningkatan modal kepada Pemegang Unit melalui portfolio pelaburan yang seimbang di dalam ekuiti dan bukan ekuiti yang dibenarkan oleh Surat Ikatan.

Pemegang Unit mesti memberi satu persetujuan melalui mesyuarat Pemegang Unit jika ada perubahan penting kepada objektif pelaburan Tabung.


Polisi dan Strategi-Strategi Pelaburan

Mewujudkan satu portfolio yang seimbang dan pelbagai menerusi :

  • Pelaburan di dalam ekuiti syarikat-syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan potensi pulangan pelaburan serta pertumbuhan yang konsisten.
  • Pelaburan di dalam instrumen pasaran kewangan yang boleh menawarkan pendapatan yang tetap.


Penanda Aras Prestasi Tabung

60% Indeks FBMEmas dan 40% kadar simpanan tetap konvensional Maybank untuk 12 bulan.


Risiko-Risiko Utama Melabur Di Dalam Tabung Ini

Risiko Pasaran Pelaburan, Risiko Sekuriti Tertentu,Risiko Kadar Faedah dan Risiko Kredit.


Profil Pelabur

Individu atau Institusi Bumiputra yang sesuai dan layak untuk melabur di dalam tabung ini ialah mereka:

  • Yang inginkan pendapatan yang berpatutan setiap tahun (jika ada)
  • Yang berpandangan jangka panjang dalam pelaburan
  • Yang memahami dan sanggup mengambil risiko turun naik nilai pelaburan dan pulangan pelaburan


Agihan Pendapatan

Agihan pendapatan (jika ada) akan dibuat daripada pendapatan tabung yang diperolehi bagi tahun kewangan semasa dan biasanya akan dibayar kepada Pemegang Unit di dalam bentuk tunai dan/atau unit sekurang- kurangnya sekali setahun.


Caj


Caj Jualan seunit 5.25% dari NAB seunit (boleh dirunding)
Caj Belian Balik seunitTiada caj dikenakan
Lain-lain cajTiada

Yuran-yuran


Fi Pengurusan Tahunan1.5% setahun daripada NAB Tabung yang dikira dan diakru harian.
Fi Pemegang Amanah TahunanPada kadar 0.1% setahun daripada NAB Tabung dan jumlahnya diakru pada setiap hari

Fi dan caj mungkin tertakluk kepada cukai yang mungkin akan dikenakan oleh pihak berkuasa.

Pelaburan Permulaan Minimum

100 Unit


Pelaburan Tambahan Minimum

50 Unit


Belian Balik Minimum

Tiada minima unit untuk belian balik
Belian balik boleh dibuat samada sebahagian atau keseluruhan unit-unit yang dimiliki


Tempoh Bertenang

Tempoh bertenang Tabung adalah selama 6 hari perniagaan bermula dari tarikh permohonan membeli unit yang lengkap diterima oleh Pengurus.


Pindah milik Unit

Bilangan unit minimum yang dibenarkan untuk dipindah milik ialah 100 unit. Baki minimum bagi mana-mana pemindah milik atau penerima pindah milik ialah 100 unit selepas transaksi pindah milik dibuat.

Pindah milik unit boleh dibuat dengan melengkapkan Borang Pindah Milik dan melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan.

Pindah milik unit yang melibatkan kematian pemegang unit, pindah unit boleh dibuat dengan melengkapkan borang berkaitan dan melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan.


Pilihan untuk Labur Semula Agihan Pendapatan

Labur semula agihan pendapatan boleh dibuat di dalam Borang Maklumat Pelabur dan Pemegang Unit boleh menukar pilihan tersebut pada bila-bila masa.


Bayaran Agihan Pendapatan

Bermula tahun 2024, agihan pendapatan (jika ada) akan dibayar secara atas talian terus ke akaun bank Pemegang Unit masing-masing. Agihan pendapatan akan dilabur semula ke dalam akaun KUMIPA Pemegang Unit jika tiada maklumat akaun bank diperolehi oleh Pengurus. Agihan Pendapatan juga akan dilabur semula mengikut arahan Pemegang Unit.

Mana-mana agihan pendapatan yang dibayar secara pindahan tunai ke akaun bank Pemegang Unit yang tidak berjaya dikreditkan, akan digantikan dengan cek. Sekiranya cek tersebut tidak ditunaikan selepas 6 bulan dari tarikh agihan, labur semula secara automatik akan dilaksanakan berdasarkan pada NAB seunit dicampur dengan caj jualan pada hari ke empat puluh (40) selepas tarikh matang cek agihan tanpa sebarang kos.

PENCAPAIAN AGIHAN PENDAPATAN KUMIPA BALANCED FUND


30 April 20200.80%
30 April 20211.00%
30 April 20221.05%
30 April 20230.90%
30 April 20241.10%
Saya ingin meneruskan untuk membuat pelaburan dengan KUMIPA Balanced Fund.