Waktu Urusniaga Kaunter: Isnin - Jumaat: 9:00 Pagi - 4:00 Petang | Waktu Pejabat: Isnin - Jumaat: 8:30 Pagi - 5:30 Petang


Belian Balik Unit

Menu Utama / Belian Balik Unit



Carta Aliran Permohonan Pelaburan

BELIAN BALIK UNIT


  • Belian balik boleh dibuat sama ada sebahagian atau keseluruhan unit-unit, dengan mengisi Borang Belian Balik Unit.
  • Permohonan belian balik unit boleh dibuat pada hari perniagaan sama ada dengan cara datang terus ke pejabat Pengurus atau melalui pos ke alamat surat menyurat Pengurus.
  • Harga belian balik adalah harga pada hari borang permohonan lengkap diterima oleh Pengurus.
  • Tiada had minimum bagi belian balik unit.
  • Pemegang unit akan dibayar dalam tempoh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan tersebut diterima dengan lengkap.
  • Dokumen-dokumen berikut (yang mana berkenaan) perlu dilampirkan untuk permohonan belian balik unit:

Bagi Individu:

  • Borang Belian Balik Unit
  • Salinan kad pengenalan yang diakui sah
  • Surat arahan daripada bank jika pembelian unit dibuat melalui pinjaman

Bagi Badan Korporat, Badan-badan Berkanun, Institusi atau Pertubuhan :

  • Borang Belian Balik Unit
  • Resolusi atau cabutan minit mesyuarat
  • Surat permohonan penjualan balik unit dari institusi
  • Surat arahan daripada bank untuk jualan balik unit jika anda membeli unit melalui pinjaman
  • Salinan Penyata Tahunan dibawah Seksyen 68 Akta Syarikat 2016/ salinan senarai Ahli Jawatankuasa terkini / Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Kesemua salinan dokumen tersebut mesti yang diakui sah.

Anda boleh membuat permohonan belian balik unit pada hari perniagaan sama ada dengan cara datang terus ke pejabat Pengurusan Kumipa Berhad atau melalui pos ke alamat surat menyurat Pengurusan Kumipa Berhad.

Pengurus akan membeli balik unit-unit anda dan Pengurus akan membuat bayaran kepada anda dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang telah lengkap.

Muat Turun Borang


Borang Belian Balik Individu
Muat turun
Borang Belian Balik Institusi
Muat turun