Waktu Urusniaga Kaunter: Isnin - Jumaat: 9:00 Petang - 4:00 Petang | Waktu Pejabat: Isnin - Jumaat: 8:30 Pagi - 5:30 Petang


Polisi WhistleBlowing

Menu Utama / Polisi WhistleBlowing

Polisi ini bertujuan untuk membolehkan warga Pengurusan Kumipa Berhad (PKB) atau orang awam (‘Pemberi Maklumat’) untuk membuat pendedahan mengenai mana-mana salah laku warga PKB atau sesiapa yang mempunyai urusan perniagaan dengan PKB dari peringkat awal kepada seseorang yang telah dilantik oleh PKB (‘Pegawai Yang Dilantik’) tanpa rasa gentar terhadap sebarang tindak balas agar masalah dapat ditangani dengan efektif dan segera dan tidak berulang di masa hadapan.

Pendedahan tentang salah laku seperti penipuan, rasuah, penyelewengan kewangan yang serius dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh seseorang yang dilantik oleh PKB boleh dilakukan melalui:

1. E-mel ke alamat  compliance_wb@phgunitrust.com.my

2. Surat kepada :

Bahagian Pematuhan
Pengurusan Kumipa Berhad
 Tingkat 20, Kompleks Teruntum
Jalan Mahkota
25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur


Surat tersebut hendaklah dilabel “SULIT DAN PERSENDIRIAN” di bahagian atas sebelah kiri sampul surat untuk memastikan hanya penerima sahaja yang membuka sampul surat tersebut.

atau

3. Hubungi Bahagian Pematuhan 09-5133900 dari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT


Seorang pemberi maklumat yang ingin melaporkan salah laku akan diberikan perlindungan kerahsiaan identiti,setakat yang munasabah dan praktikal, dengan syarat pendedahan dibuat dengan niat yang baik.Perlindungan ini tetap diberikan walaupun hasil siasatan kemudian mendapati pemberi maklumat tersilap dari segi fakta atau peraturan serta prosedur yang terlibat.

Pemberi Maklumat perlulah mengemukakan identiti seperti di bawah: 

1. Nama
2. No. Kad Pengenalan dan
3. No. Telefon untuk dihubungi-Pejabat/ Telefon Bimbit/ Rumah