Waktu Urusniaga Kaunter: Isnin - Jumaat: 9:00 Pagi - 4:00 Petang | Waktu Pejabat: Isnin - Jumaat: 8:30 Pagi - 5:30 Petang


Ahli Panel

Menu Utama / Ahli Panel


YBhg Dr Alias Bin Mat Derus

Ahli Bebas



    Beliau berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Ekonomi, Sarjana Ekonomi dan Sarjana Muda Sains Matematik dari Northern Illinois University, Amerika Syarikat.

    Beliau merupakan bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di dalam bidang Teori Ekonomi dan Matematik untuk peringkat Sarjana dan Ijazah Pertama sejak tahun 1987 sehingga kini. Beliau juga pernah menjadi Ketua Jabatan Ekonomi pada tahun 2007 hingga 2012. Pernah menjadi Koordinator Kuantitatif selama dua tahun di jabatan yang sama. Beliau turut terlibat dalam penyelidikan berbentuk jurnal dan buku, pembentangan seminar serta menjadi penyelia dan pemeriksa tesis. Beliau pernah menjadi Pengerusi kepada International Conference on Islamic Economics pada tahun 2009 dan 2013.

    Beliau telah dilantik sebagai ahli Panel Pelaburan berkuatkuasa pada 9 Januari 2013.