
Puan Nor Hasimah Binti Yusuff
Ketua Bahagian Akaun
Beliau memiliki Diploma Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau telah menyertai syarikat ini sejak 1995 dan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan akaun dan kewangan tabung iaitu Kumipa Balanced Fund sehingga 2014. Dengan pengalaman yang dimiliki di dalam bidang perakaunan di syarikat, beliau telah dilantik sebagai Ketua Bahagian Akaun pada tahun 2015. Beliau dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mengendalikan kedudukan akaun kewangan syarikat dan juga tabung sepenuhnya.