Waktu Urusniaga Kaunter: Isnin - Jumaat: 9:00 Pagi - 4:00 Petang | Waktu Pejabat: Isnin - Jumaat: 8:30 Pagi - 5:30 Petang


Ahli Lembaga Pengarah

Menu Utama / Ahli Lembaga Pengarah


YBhg Datin Hajjah Nor Asmah Binti Abdul

Ahli Bukan Bebas
Pengarah Berlesen



    Beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif PKB pada 20 Disember 2004. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Ohio dan Diploma Pengajian Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

    Berpengalaman selama 34 tahun dengan Kumpulan Amanah Saham Pahang (ASPA) di dalam bidang-bidang kewangan, pelaburan dan pengurusan dana serta pengurusan tabung amanah saham. Beliau pernah dipertanggungjawabkan terhadap pentadbiran perbendaharaan Kumpulan Amanah Saham Pahang (ASPA). Pengalaman beliau meliputi membuat kaji selidik dan perlaksanaan pelaburan modal, mengurus dana dalaman syarikat dan mengurus portfolio pelaburan serta mentadbir operasi Tabung.

    Beliau mula berkhidmat dengan PKB pada 3 Januari 1994 sebagai Pengurus. Pada 27 Julai 1999, beliau dilantik sebagai Pengurus Besar PKB sekaligus menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat sehingga beliau bersara pada 31 Disember 2017.

    Merupakan wakil Perkhidmatan Pasaran Modal berlesen (CMSRL/A3523/2007).