Waktu Urusniaga Kaunter: Isnin - Jumaat: 9:00 Pagi - 4:00 Petang | Waktu Pejabat: Isnin - Jumaat: 8:30 Pagi - 5:30 Petang


Ahli Lembaga Pengarah

Menu Utama / Ahli Lembaga Pengarah


Encik Nahmar Bin Jamil

Ahli Bukan Bebas



    Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perhutanan dari Universiti Putra Malaysia (dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia).

    Memulakan karier sebagai Pegawai Perhutanan di LKPP Timber Sdn Bhd dari tahun 1997 sehingga 1999. Beliau meneruskan karier yang sama di Intra Dimensi Sdn Bhd dari tahun 2000 sehingga 2004.

    Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Perhutanan di Amanah Saham Pahang Berhad (ASPA) pada Februari 2004 dan seterusnya dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Perhutanan pada April 2015. Pada 1 Februari 2023, beliau telah dilantik sebagai Pemangku Pengurus Besar ASPA susulan persaraan Dato' Haji Mohd Nazari Bin Yunus pada 31 Disember 2022. Pada 1 Januari 2024, beliau dilantik sebagai Pengurus Besar ASPA.

    Beliau juga adalah Ahli Lembaga Pengarah kepada beberapa anak syarikat ASPA iaitu Perkayuan Pahang (Bentong/Raub) Sdn Bhd, Mentiga Corporation Berhad dan Mentiga Plantation Berhad. Pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKB berkuatkuasa 28 Mac 2023.