Waktu Urusniaga Kaunter: Isnin - Jumaat: 9:00 Pagi - 4:00 Petang | Waktu Pejabat: Isnin - Jumaat: 8:30 Pagi - 5:30 Petang


Ahli Lembaga Pengarah

Menu Utama / Ahli Lembaga Pengarah


YBhg Tuan Haji Mazelan @ Rosely Abdul Rahman Bin Osman

Ahli Bebas



    Beliau berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Central Missouri State, Amerika Syarikat dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA) dari Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat serta Diploma Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

    Beliau pernah berkhidmat dengan Urban Development Authority (UDA) sebagai Pegawai Pembangunan selama setahun. Selain itu beliau juga pernah berkhidmat dengan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (LKPP) selama 12 tahun bermula sebagai Eksekutif Akaun sebelum dilantik sebagai Pengurus Akaun dan Pengurus Pelaburan. Selepas meletakkan jawatan dengan LKPP, beliau berkhidmat pula dengan syarikat Kurnia Setia Berhad (GLC anak syarikat LKPP) selama 21 tahun sebagai Pengurus Kewangan & Korporat. Kemudian beliau dilantik sebagai Pengurus Kanan Kewangan & Korporat dan seterusnya sebagai Pengurus Besar sebelum menamatkan perkhidmatannya.

    Beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKB berkuatkuasa pada 18 April 2013.