Waktu Urusniaga Kaunter: Isnin - Jumaat: 9:00 Pagi - 4:00 Petang | Waktu Pejabat: Isnin - Jumaat: 8:30 Pagi - 5:30 Petang


Ahli Lembaga Pengarah

Menu Utama / Ahli Lembaga Pengarah


YH Profesor Dato' Dr. Haji Muhamad Bin Muda

Pengerusi
Ahli Bebas



Beliau berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang kewangan dan perbankan dari Manchester Business School, United Kingdom dan mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Cincinnati dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA) di Ohio University, Amerika Syarikat.

Beliau adalah mantan Naib Canselor di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sehingga bersara dan kemudian Presiden/Ketua Eksekutif Universiti Islam Malaysia (UIM), Cyberjaya. Di kedua-dua universiti tersebut, beliau bertanggungjawab terhadap strategi dan pembangunan organisasi, akademik dan pentadbiran. Beliau pernah juga berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan dua buah bank saudagar terkemuka, serta sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Islam (Holdings) Berhad. Kini, beliau adalah Pengerusi Lembaga Pengelola, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS). Beliau kini juga adalah Ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat Yayasan Pahang iaitu KYP Education Sdn. Bhd dan Tahfiz Pahang Sdn. Bhd.

Beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pelaburan PKB hingga tahun 2012. Perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKB bermula pada 17 Disember 2012.