Persiapan Sebelum Melabur Dalam Unit Amanah

Pasti ramai yang biasa mendengar mengenai unit amanah yang juga dikenali sebagai unit trust.
Unit amanah ialah salah satu instrumen pelaburan yang sangat popular di Malaysia selain pelaburan saham, hartanah, emas dan macam-macam lagi.Tetapi sebelum membuat persiapan untuk melabur ke dalam unit amanah, perlu benar-benar mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan unit amanah.
Unit amanah ialah wang daripada ramai pelabur individu yang dikumpulkan untuk membeli beberapa kelas aset berlainan dalam kuantiti besar.Seterusnya pengurus dana profesional akan menentukan peratusan daripada dana yang akan dilaburkan dalam setiap kelas aset, mengenal pasti negara, industri dan syarikat yang mempunyai prospek serta pulangan terbaik.
Setiap pelabur akan menerima unit di dalam dana ini yang mana setiap unit mewakili campuran pelbagai kelas aset seperti saham, bon dan simpanan tetap.
Persediaan
Setelah mengetahui dan faham apa yang dimaksudkan dengan unit amanah, pastikan membuat persiapan terlebih dahulu sebelum memulakan pelaburan.
Terdapat lima persediaan yang perlu diberi perhatian iaitu kenal pasti toleransi terhadap risiko; kenal pasti modal pelaburan; bandingkan prestasi dana; kenal pasti adakah pelaburan itu berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti; dan kenal pasti sama ada dana pelaburan unit amanah tersebut patuh syariah.
- Kenal pasti toleransi terhadap risiko
- Modal pelaburan
- Bandingankan prestasi dana
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti
- Dana pelaburan unit amanah patuh syariah
Sumber Dari Sinar Harian.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/37807/BISNES/Persiapan-sebelum-melabur-dalam-unit-amanah