Waktu Urusniaga Kaunter: Isnin - Jumaat: 9:00 Pagi - 4:00 Petang | Waktu Pejabat: Isnin - Jumaat: 8:30 Pagi - 5:30 Petang


Informasi

Menu Utama / Informasi


Bank Rakyat terbit Sukuk Murabahah bernilai RM300 juta




Terbitan ini dilaksanakan menerusi proses penetapan harga pada 8 Jun 2026 di bawah Program Sukuk Murabahah Subordinat sehingga RM5 bilion yang diberikan penarafan AA3 oleh RAM Rating Services Berhad.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, terbitan itu yang layak sebagai modal Tahap 2 di bawah Dokumen Dasar Bank Negara Malaysia mengenai Rangka Kerja Kecukupan Modal bagi Bank Islam (Komponen Modal), dibuat dalam satu bahagian bertempoh 10 tahun.

Susulan sambutan menggalakkan daripada para pelabur, Bank Rakyat berjaya meraih permintaan kukuh bagi Sukuk Murabahah Subordinat Tahap 2 dengan nisbah bidaan kepada terbitan mencecah 2.83 kali sebelum ditutup pada 1.78 kali daripada jumlah saiz terbitan.

Jumlah terkumpul daripada terbitan Sukuk Murabahah Subordinat Tahap 2 berkenaan akan dimanfaatkan oleh Bank Rakyat bagi tujuan perbankan patuh Syariah termasuk keperluan modal kerja, perbelanjaan modal, pelaburan umum, menyediakan pembiayaan dan tujuan korporat am.

Selain itu, Maybank Investment Bank Berhad dan AmInvestment Bank Berhad dilantik sebagai pengurus utama bersama bagi terbitan program Sukuk Murabahah Subordinat terbabit.



Sumber: HMetro

Artikel Penuh :

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2026/06/1372193/bank-rakyat-terbit-sukuk-murabahah-bernilai-rm300-juta