
Puan Anis Ajaereah binti Mohamad Mokhtar
-
Merupakan wakil Perkhidmatan Pasaran Modal berlesen (e-CMSRL/B7271/2017). Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan Diploma Analisis Pelaburan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau diberi tanggungjawab membuat penyelidikan ke atas syarikat-syarikat yang akan dimasukkan/dikeluarkan dari portfolio tabung, melaksanakan urusniaga jual beli sekuriti dan perletakan pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap dan di pasaran wang serta menguruskan dokumentasi bagi perlaksanaan transaksi oleh pengurus dana. Mula berkhidmat di Jabatan Pelaburan pada tahun 2014.