Waktu Urusniaga Kaunter: Isnin - Jumaat: 9:00 Pagi - 4:00 Petang | Waktu Pejabat: Isnin - Jumaat: 8:30 Pagi - 5:30 Petang


Pelaburan Individu

Menu Utama / Pelaburan Individu

Kelayakan untuk melabur bagi individu


  • Pemohon yang berkelayakan mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan.
  • Individu berumur dibawah lapan belas (18) tahun hanya layak sebagai Pemohon Bersama, bersama seorang pemohon berumur lapan belas (18) tahun ke atas.
  • Warganegara dan pemastautin tetap.
Carta Aliran Permohonan Pelaburan


Cara membuat pelaburan


Anda hendaklah melengkapkan borang-borang serta melampirkan dokumen seperti yang dinyatakan dibawah dan menghantarnya ke Pengurusan Kumipa Berhad.
  • Borang Penilaian Kesesuaian - Individu
  • Borang Maklumat Pelabur
  • Borang Permohonan Pelaburan
  • Salinan kad pengenalan

Tarikh Pengurus menerima permohonan membeli unit yang lengkap adalah dianggap tarikh pendaftaran pemohon sebagai pemegang unit. Sekiranya permohonan tidak lengkap atau tidak memenuhi kelayakan, Pengurus boleh menolak permohonan tersebut tanpa sebarang alasan.

Harga akan diambilkira berdasarkan pada tarikh penerimaan dokumen yang lengkap dan bayaran dijelaskan.

Pengurus akan mengeluarkan resit rasmi dalam tempoh satu (1) bulan selepas unit dibeli sebagai bukti pembelian unit.

Cara Pembayaran


  • Pembayaran bagi unit-unit yang dipohon hendaklah dibuat atas nama PENGURUSAN KUMIPA BERHAD-AKAUN AMANAH PELANGGAN serta dipalang “AKAUN PENERIMA SAHAJA” dengan cara Cek Bank, Deraf Bank, Wang Pos, Kiriman Wang dan Cek Persendirian. Sila catatkan Nama, No. K/P serta No. Akaun anda dibelakang cek. Sila tambah komisyen untuk cek luar.
  • Pembayaran juga boleh dibuat secara atas talian ke PENGURUSAN KUMIPA BERHAD-AKAUN AMANAH PELANGGAN.

No. Akaun : 8005437033 (CIMB BANK BERHAD)

Slip bayaran, nama dan no kad pengenalan hendaklah di e-mel kepada Pengurus melalui administration@phgunitrust.com.my sebagai bukti pembayaran.

Borang
Borang Penilaian Kesesuaian Individu Muat Turun
Borang Permohonan Pelaburan Muat Turun
Borang Maklumat Pelabur Individu Muat Turun