Waktu Urusniaga Kaunter: Isnin - Jumaat: 9:00 Pagi - 4:00 Petang | Waktu Pejabat: Isnin - Jumaat: 8:30 Pagi - 5:30 Petang


Pelaburan Institusi

Menu Utama / Pelaburan Institusi

Kelayakan untuk melabur bagi Institusi


Badan Korporat, Badan-badan Berkanun, Pertubuhan atau Koperasi :

  • Berstatus bumiputra
  • Cara membuat pelaburan


    Anda hendaklah melengkapkan borang-borang serta melampirkan dokumen (yang mana berkaitan) seperti yang dinyatakan dibawah dan menghantarnya ke Pengurusan Kumipa Berhad.
  • Borang Permohonan Pelaburan
  • Borang Penilaian Kesesuaian - Institusi
  • Dokumen (yang mana berkaitan) :
    1. Salinan Perlembagaan(Memorandum and Articles of Association atau Perlembagaan atau By Laws)
    2. Penyata Tahunan dibawah Seksyen 68 Akta Syarikat 2016
    3. Penyata Kewangan dan Laporan Beraudit terkini
    4. Borang 8 atau Borang 9 (Seksyen 17 Akta Syarikat 2016)
    5. Senarai Ahli Jawatankuasa
    6. Undang-Undang Kecil / Tubuh
    7. Resolusi Syarikat untuk membeli unit
    8. Sijil Pendaftaran Syarikat / Pertubuhan / Koperasi
  • Kesemua dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh mereka yang disenaraikan oleh PKB.

    Tarikh Pengurus menerima permohonan membeli unit yang lengkap adalah dianggap tarikh pendaftaran pemohon sebagai pemegang unit. Sekiranya permohonan tidak lengkap atau tidak memenuhi kelayakan, Pengurus boleh menolak permohonan tersebut tanpa sebarang alasan.

    Harga akan diambilkira berdasarkan pada tarikh penerimaan dokumen yang lengkap dan bayaran dijelaskan.

    Pengurus akan mengeluarkan resit rasmi dalam tempoh satu (1) bulan selepas unit dibeli sebagai bukti pembelian unit.

    Cara Pembayaran


    • Pembayaran bagi unit-unit yang dipohon hendaklah dibuat atas nama PENGURUSAN KUMIPA BERHAD-AKAUN AMANAH PELANGGAN serta dipalang “AKAUN PENERIMA SAHAJA” dengan cara Cek Bank, Deraf Bank, Wang Pos, Kiriman Wang dan Cek Persendirian. Sila catatkan Nama, No. Pendaftaran serta No. Akaun institusi dibelakang cek. Sila tambah komisyen untuk cek luar.
    • Pembayaran juga boleh dibuat secara atas talian ke PENGURUSAN KUMIPA BERHAD-AKAUN AMANAH PELANGGAN.

    No. Akaun : 8005437033 (CIMB BANK BERHAD)

    Slip bayaran, nama dan no. pendaftaran syarikat hendaklah di e-mel kepada Pengurus melalui administration@phgunitrust.com.my sebagai bukti pembayaran.

    Borang
    Borang Penilaian Kesesuaian Institusi Muat Turun
    Borang Permohonan Pelaburan Muat Turun
    Borang Maklumat Pelabur Institusi Muat Turun