Waktu Urusniaga Kaunter: Isnin - Jumaat: 9:00 Pagi - 4:00 Petang | Waktu Pejabat: Isnin - Jumaat: 8:30 Pagi - 5:30 Petang


Pengurus Besar

Menu Utama / Pengurus Besar


Encik Nadzir Bin Dol

Ketua Eksekutif / Pengurus Besar



    Beliau mula menyertai PKB sejak dari tahun 1994 sehingga kini. Mempunyai kelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan juga Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta pemegang Diploma Analisa Pelaburan dari Universiti Teknologi MARA (UITM).

    Beliau mempunyai pengalaman di dalam sektor perbankan, kewangan dan audit sebelum menyertai PKB. Beliau adalah Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal berlesen dan bertugas sebagai Ketua Bahagian Pelaburan bermula dari 1 April 1994 selain berperanan selaku wakil niaga berlesen yang mana mengawal selia aktiviti-aktiviti pelaburan dan pengurusan portfolio.

    Beliau telah dilantik sebagai Pengurus Besar PKB pada 1 Januari 2018 dan merupakan pegawai yang bertanggungjawab ke atas fungsi pengurusan dana Tabung. Beliau menjawat jawatan Ketua Eksekutif PKB bermula pada 2 Januari 2019.

    Merupakan wakil Perkhidmatan Pasaran Modal berlesen (CMSRL/A3520/2007).