Pelabur - pelabur dinasihatkan supaya membaca dan memahami
isi kandungan PROSPEKTUS sebelum membuat pelaburan.
Apa Itu Unit Amanah?
Unit Amanah merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif / bersama / berkelompok yang membolehkan para pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpul wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam pelbagai portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh pengurus profesional yang berlesen (Pengurus Dana).
Wang-wang pelabur akan diletakkan dalam satu dana (fund) yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company) atau Pengurus.
Secara asasnya, para pelabur akan melabur sejumlah wang dengan cara membeli unit-unit dan kemudiannya wang itu akan dikumpul oleh Pengurus ke dalam satu dana pelaburan / tabung. Tabung ini akan diuruskan oleh pengurus dana yang profesional dan berpengalaman.
Dana dari para pelabur ini akan dilaburkan ke dalam Tabung secara kolektif / bersama untuk mendapatkan pulangan.
Setiap dana yang diuruskan mempunyai kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Ini penting supaya para pelabur tahu ke mana wang mereka dilaburkan.
Dana yang lebih agresif akan lebih banyak dilaburkan ke dalam saham atau ekuiti, manakala dana yang lebih selamat akan dilaburkan ke dalam pasaran wang dan sukuk.
Setiap jenis pelaburan yang dibuat mempunyai risiko tersendiri bersamanya.
Apa beza Unit Amanah dan Amanah Saham Berhad (ASB)?
ASB juga adalah unit amanah. ASB berharga tetap yang mana harga jual dan harga beli adalah sama. Namun, bezanya ialah kebanyakan unit amanah yang lain mempunyai harga unit yang berubah-ubah.
(Beli dan jual pada harga RM1) |
|
pendapatan/dividen (Income Distribution) dan kenaikan harga unit (Capital Gain) |
agihan pendapatan/dividen. |
(Medium to High Risk) |
Pemegang Amanah
Pemegang Amanah ialah syarikat yang melindungi tabung unit amanah.
Antara syarikat Pemegang Amanah ialah AmanahRaya Trustee Berhad. Pemegang Amanah akan memastikan bahawa:
- Tabung membuat pelaburan seperti yang dibenarkan oleh SURAT IKATAN AMANAH (TRUST DEED) dan selaras dengan objektif Tabung.
- Saham pelaburan yang dibeli adalah di dalam syarikat patuh syariah.
- Pelaburan unit amanah ini adalah sah (legal) di sisi undang-undang Malaysia.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Federation of Investment Managers Malaysia(FIMM)
- Pelaburan unit amanah ini dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
- Ia juga dikawal selia oleh Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM).
Proses Pengurusan Dana
- Syarikat pengurusan menawarkan unit-unit amanah yang dikeluarkan oleh tabung kepada orang awam.
- Individu dan syarikat (pelabur) akan membeli unit-unit tersebut.
- Syarikat pengurusan mengambil dan mengumpul tunai daripada individu dan syarikat pelabur.
- Syarikat Pengurusan akan menggunakan dana tersebut untuk melabur dalam ekuiti (saham), pelaburan di pasaran kewangan atau pelaburan lain yang dibenar untuk mengembangkan dana. Selepas itu, pulangan dan keuntungan dari pelaburan tersebut akan dikembalikan kepada pelabur / pemegang unit dalam bentuk agihan pendapatan / dividen berdasarkan jumlah unit unit yang dipegang oleh mereka.
- Pemegang unit juga boleh mendapat keuntungan dari modal yang dilabur jika harga unit-unit naik.
- Unit-unit mempunyai harga / nilai yang akan dikira secara harian berasaskan portfolio pelaburan.
- Maklumat lanjut mengenainya boleh didapati di dalam PROSPEKTUS Tabung.
Pengurus Dana
Pengurus Dana adalah syarikat yang dilantik oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk mengurus dana yang dikumpul daripada pelaburan para pelabur.
Pengurus Dana menawarkan perkhidmatan pengurusan pelaburan dengan kepakaran / pengetahuan yang luas mengenai :
- Analisis Penyata Kewangan.
- Penciptaan dan penyelenggaraan Portfolio. Portfolio ialah satu senarai pelaburan yang dibuat dan dipegang oleh Tabung di dalam pelbagai jenis dan kategori .
- Pengurusan berterusan.
- Pengurus ini bertanggungjawab sepenuhnya untuk pelaksanaan strategi Tabung yang diputuskan dan juga aktiviti perdagangan portfolio.
- Pengurusan Dana menggunakan kaedah dan pelbagai teori pelaburan untuk membuat keputusan pelaburan.
- Pengurus dibayar perkhidmatannya dalam bentuk Yuran Pengurusan untuk pekerjaan dan perkhidmatan mereka, yang merupakan peratusan keseluruhan Aset di bawah Pengurusan / Nilai Aset Bersih tabung.
- Kelayakan pendidikan dan profesional yang tinggi diperlukan di institusi pengurusan dana disertai dengan pengalaman pengurusan pelaburan yang praktikal.
- Pengurus Dana adalah nadi keseluruhan industri pengurusan pelaburan Tabung.
Antara tanggungjawab Pengurus Dana adalah seperti di bawah:
- Peruntukan Aset (Asset Allocation)
- membuat peruntukan wang/dana dan meletakkannya di dalam pelbagai kelas dan jenis aset dan pelaburan yang disasarkan serta membuat jangkaan pulangan yang akan diperolehinya dalam jangka masa pelaburan tertentu dalam semua keadaan.
- Kepelbagaian
- Selaras dengan peruntukan aset, pengurus dana harus mempertimbangkan tahap kepelbagaian yang berlaku untuk pemegang unit sesuai dengan tahap / selera risiko mereka. Oleh itu, senarai pegangan yang dirancang harus dibina untuk menentukan berapa peratus dana yang harus dilaburkan dalam saham atau bon tertentu atau dalam lain-lain bentuk pelaburan yang dibenarkan.
Terdapat pelbagai gaya dan pendekatan (approach) pengurusan dana melalui kategori Tabung yang diurusnya:
- Pertumbuhan modal
- Pendapatan
- Pertumbuhan dan pendapatan
Jenis-jenis tabung:
- Equity Fund
- Bond / fixed Income Fund
- Money Market Fund
- Feeder Fund
- Capital Protected Fund
- Guaranteed Fund
- Fund-of Fund
- Umbrella Fund